Nota Kelas : 17 Oktober 1996 Tujuan : Untuk mengetahui kadar peratus hemoglobin dalam kes anemia, pendarahan, sebelum pembedahan dan ibu-ibu hamil. Lelaki - 14-18gm% iaitu lebih daripada 85% Perempuan - 12-16gm% iaitu lebih daripada 80% Kadar hemoglobin seseorang boleh ditetapkan melalui beberapa cara : Spesimen darah di hantar ke makmal dan bacaannya adalah tepat. Titisan darah boleh diuji melalui : Blotter Test / Tarquist method. Scehlis Method Kedua-dua ujian ini biasa dijalankan oleh jururawat di klinik. Keputusannya kurang tepat tetapi dapat anggaran sebagai panduan sahaja. Jika keputusan tidak memuaskan aiaitu pucat, HB melalui makmal perlu dilakukan. Tatacara Untuk Kadar Hemoglobin melalui tatacara pengambilan darah. Keperluan : Talam yang mengandungi 2 gallipot. 1 untuk swab steril dengan spirit. 1 untuk swab kering. 1 recevoir 1 buku panduan blood test. 1 kertas turas 1 lancet steril Tatacara: Sediakan talam yang lengkap. Terangkan tatacara kepada pesakit. Le...