Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ukur Lilit Kepala

Pemeriksaan Am Kanak-kanak

 Pemeriksaan am adalah satu-satunya cara untuk mengesan terlebih awal keluarbiasaan dalam pembesaran dan perkembanan kanak-kanak, serta mengambil tindakaan sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Pemeriksaan dan pemerhatian yang rapi adalah penting untuk mengesan tanda-tanda awal keluarbiasaan. Semasa pemeriksaan am, jururawat perlu bertanya dengan ibu / penjaga soalan berkaitan dengan tanda-tanda keluarbiasaan yang telah dikesan. Perhatikan kepada keadaan fizikal anak keseluruahnnya, kelakuan, kecergasan, saiz badan dan keseimbangan badan sebelum melakukan pemerksaan teratur daripada kepala hingga ke kaki. Tanda-tanda Keluarbiasaan Dan Signifikasi Rambut Tanda-tanda: Tidak segar Jarang, mudah tanggal Warna berubah Signifikasi: Anak kurang sihat Kurang zat makanan membekalkan tenaga dan membina badan (Kwashiorkor) Kepala Tanda-tanda: Besar Kecil Ubun-ubun tidak tutup pada jangkamasa yang ditetapkan Signifikasi: Hydrocephalic Microcephalic Kekurangan kalsium, Vitamin D

Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

 Nutritional Anthropometry Definisi : Pengukuran badan kanak-kanak yang melibatkan berat badan, tinggi (panjang), pengukuran ukur lilit kepala dan ukur lititan dada. Hasil dari pengukuran ini dapat dijadikan panduan kepada amalan makanan dan pemakanan yang diamalkan. Tujuan Anthropometri dijalankan Meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak dengan mengekalkan kadar pembesaran yang memuaskan. Mengesan dengan segera tanda-tanda awal kekurangan zat makanan dan tindakan awal untuk mengatasinya dapat diambil. Sebagai garis pandaun kepada petugas kesihatan dan ibu untuk menilai perkembangan pertumbuhan kanak-kanak. Sebagai garis panduan untuk petugas kesihatan dan ibu dalam menyelenggarakan perkembangan pertumbuhan kanak-kanak. Menilai Perkembangan Pertumbuhan Kanak-kanak Berat badan Tinggi / Panjang Lilitan Kepala Lilitan Dada Berat Badan Petunjuk yang paling sensitif untuk menilai perkembangan dan taraf pemakanan kanak-kanak. Perkembangan berat badan Beberapa hari selepas lahir akan kehi...