Skip to main content

Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

 Nutritional Anthropometry

Definisi :

Pengukuran badan kanak-kanak yang melibatkan berat badan, tinggi (panjang), pengukuran ukur lilit kepala dan ukur lititan dada. Hasil dari pengukuran ini dapat dijadikan panduan kepada amalan makanan dan pemakanan yang diamalkan.

Tujuan Anthropometri dijalankan

  1. Meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak dengan mengekalkan kadar pembesaran yang memuaskan.
  2. Mengesan dengan segera tanda-tanda awal kekurangan zat makanan dan tindakan awal untuk mengatasinya dapat diambil.
  3. Sebagai garis pandaun kepada petugas kesihatan dan ibu untuk menilai perkembangan pertumbuhan kanak-kanak.
  4. Sebagai garis panduan untuk petugas kesihatan dan ibu dalam menyelenggarakan perkembangan pertumbuhan kanak-kanak.

Menilai Perkembangan Pertumbuhan Kanak-kanak

  1. Berat badan
  2. Tinggi / Panjang
  3. Lilitan Kepala
  4. Lilitan Dada

Berat Badan

  • Petunjuk yang paling sensitif untuk menilai perkembangan dan taraf pemakanan kanak-kanak.
  • Perkembangan berat badan
    • Beberapa hari selepas lahir akan kehilangan 10% dari berat lahir.
    • Umur 10 hari = berat lahir.
    • Umur 4-5 bulan = 2 kali ganda berat lahir.
    • Umur 1 tahun = 3 kali ganda berat lahir.
    • Umur 1-2 tahun = 0.2kg sebulan
    • Umur 2-11 tahun = gunakan formula
      • (Umur dalam tahun +3) X 5 = berat dalam Ib atau 0.2kg dalam 1 bulan.
    • Kenaikan berat badan bayi bawah umur 1 tahun
      • Umur 1-6 bulan = 600gm - 840gm sebulan.
      • Umur 6 bulan - 12 bulan = 360gm - 600gm sebulan

Kaedah Pengambilan Berat Badan

  1. Tentukan alat timbang sudah di kalibrate dan tiada gangguan.
  2. Beritahu ibu tujuan prosedur.
  3. Bayi ditimbang tanpa pakaian dan kanak-kanak ditimbang tanpa baju.
  4. Letakkan penanda dipetunjuk 0.
  5. Kunci alat penimbang.
  6. Letakkan bayi di atas alat penimbang.
  7. Imbangkan penimbang mengikut berat badan bayi.
  8. Berat badan dibaca dan dicatatkan terdekat satu angka perpuluhan ( 0.1kg)
  9. Selepas prosedur kunci alat penimbang.
  10. Pastikan tiada barang diletak atas alat penimbang.
  11. Catatkan berat badan dicarta pembesaran anak dan bandingkan dengan bacaan dahulu.
  12. Beritahu ibu keputusan berat badan dan makna lengkok pembesaran.

Tinggi dan Panjang

  • Sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah.
  • Penambahan tinggi / panjang :
    • Umur 1-6 bulan = 2.5cm sebulan.
    • Umur 6 bulan - 12 bulan = 1.25cm sebulan.
    • Akhir umur 1 tahun = bertambah 50% tinggi lahir.
    • 1-2 tahun = 0.5cm sebulan
    • 2 -4 tahun = 0.6cm sebulan
    • Umur 4 tahun = 2 kali ganda tinggi lahir
    • Umur 5 tahun = bertambah 8cm

Kaedah Pengambilan Tinggi

  1. Periksa tempat pengukur sebelum digunakan . 
    • Letak di tempat yang rata.
    • Kebersihan dan dalam keadaan baik.
    • Pita pengukur diletakkan dengan tepat samada di atas meja atau kotak pengukur.
  2. Letakkan kotak pengukur di tempat yang sesuai.
  3. Beritahu ibu tujuan prosedur. 
    • Pastikan keselamatan anak sepanjang prosedur.
    • Tanggalkan pakaian anak.
    • Baringkan bayi terlentang dalam kotak pengukur.
    • Pastikan kepala bayi rapat ke dinding kotak pengukur pada bacaan 0cm tali pengukur.
    • Ibu memegang dahi bayi. Muka anak memandang ke atas.
    • Luruskan baringan bayi dan tekan kedua-dua lutut bayi dengan tangan.
    • Tegakkan tapak kai bayi dan rapatkan tumit kaki tegak dan menyentuh pada foot board.
    • Pegang kuat foot board dan beritahu ibu, angkat anak dari kotak pengukur dan pakaikan pakaian anak.
  4. Baca ukuran panjang bayi pada angka perpuluhan 0.1cm
  5. Beritahu ibu.
  6. Catatkan dalam kad kesihatan.

Lilitan Kepala Dan Dada

  • Nisbah lilitan kepala dan dada penting untuk mengenalpasti keadaan kekurangan zat protien-karbohidrat di peringkat awal.
  • Tahap pemakanan yang baik, lilitan dada lebih besar dari lilitan kepala selepas umur 6 bulan.

Penambahan Lilitan Kepala Dan Dada

  • Pada usia 6 bulan pertama penambahan 1.5cm sebulan.
  • Usia 6 bulan kedua penambahan 0.5cm sebulan.

Kaedah Pengambilan Lilitan Kepala

  1. Sediakan pita pengukur.
  2. Beritahu ibu tujuan prosedur.
  3. Ibu memegang anak dengan rapi samada secara duduk atau berbaring. Kepala anak mesti tegak.
  4. Letakkan pita pengukur dengan rapi di bahagian atas paras bulu kening / supra orbital ridges.
  5. Ukur mengelilingi cuping telinga dan maximum curve occipital di belakang dengan jarak yang sama.
  6. Ambil bacaan ukuran lilitan kepala di bahagian dahi depan terdekat angka 0.5cm.
  7. Tanggalkan pita pengukur.
  8. Beritahu ibu ukuran yang diambil.
  9. Rekod dalam buku kanak-kanak.

Lilitan Dada

Penambahan lilitan dada
  • Masa lahir 33cm
  • 6-12 bulan = 42.8cm
  • 2 tahun = 49.5cm

Kaedah Mengambil Lilitan Dada

  1. Sediakan pita pengukur.
  2. Bertahu ibu tujuan prosedur.
  3. Anak dipegang rapi oleh ibu samada secara duduk atau baring.
  4. Angkat kedua belah tangan anak.
  5. Letakkan pita pengukur mengelilingi dada di atas pertengahan nipple breast dan di bawah tulang belikat.
  6. Turunkan tangan anak dan ambil bacaan.
  7. Ukuran diambil seeloknya dipertengahanpengambilan pernafasan.
  8. Ambil bacaan lilitan dada terdekat angka perpuluhan 0.1cm
  9. Beritahu ibu nisbah ukuran dada dan kepala.
  10. Catat dalam kad kanak-kanak.



Comments

Popular posts from this blog

SOALAN OSCHE POS BASIK MID JUN 2001

Soalan 1 : Puan A telah melahirkan anak ketiga 2 hari lepas. Tunjuk ajar beliau senaman Abdominal Tightening dan senaman Otot Pelvis. Check List: 1. Adakan rapport yang baik dengan ibu. 2. Perkenalkan diri. 3. Beritahu ibu tujuaj melakukan senaman post natal  - untuk mengembalikan saiz organ pembiakan di bahagian pelvis ke saiz asal, walaupun tidak sepenuhnya. - Menggalakkan pengeluaran lokia dan mengurangkan rasa sakit selepas bersalin. - Mengelakkan " Deep Vien Thrombosis" dan menggalakkan pengaliran darah ke seluruh badan. 4. Ajar ibu cara melakukan senaman      - Senaman Abdominal     - Senaman Pelvis 5. Beritahu ibu, tunjukkan semula cara yang telah diajar. 6. Terima kasih pada ibu kerana memberi kerjasama.   Soalan 2 : Puan B Primidgravida gestasi 32/52 datang untuk pemeriksaan antenatal. Berat badannya statik selama dua lawatan. Temubual ibu untuk mendapatkan maklumat-maklumat relevan mengenai berat badan yang statik. Catat maklumat yang diperol...

Langkah-langkah Menjalankan Sesi Klinik Kanak-kanak

1. Menyediakan alat kelengkapan / keperluan Rekod buku HMIS / kad Persiapan tempat. Peralatan antropometri. Peralatan untuk ujian perkembangan mengikut umur. Peralatan imunisasi. Peralatan menulis :- pen, pensel, pembaris. pemadam , buku catatan, pelan pelaksanaan (RTP) Buku kit pendidikan kesihatan. 2. Meneliti rekod kesihatan kanak-kanak. Mendapatkan maklumat dengan lengkap perihal : Antenatal Jenis kelahiran. Neonatal Jaundice Fits Status imunisasi Carta pembesaran Status perkembangan Riwayat penyakit (jika ada) 3. Menyambut ibu dengan mesra dan menerangkan prosedur kepada ibu Rappor yang baik dengan ibu Bertanya khabar ibu / menegur sapa / memanggil nama Senyum Minta ibu duduk Eye contact Selesakan klien Beritahu ibu prosedur yang akan dilakukan. 4. Menemubual ibu mengenai kesihatan dan aduan berkaitan anak Bertanya soalan dengan jelas Soalan terbuka Satu soalan untuk satu masa Tactful semasa menyoal Mendengar dengan teliti Mendapat maklum balas Bertanya keadaan kesihatan anak Masa...

BERSALIN FORCEPS

 FORCEPS DELIVERY Objektif Spesifik Pembelajaran : Diakhir sesi pembelajaran pelajar boleh : Menyatakan fungsi-fungsi forseps. Menghuraikan jenis-jenis forseps. Menyatakan indikasi-indikasi. Membantu dalam kelahiran forseps. Menyatakan komplikasi-komplikasi. Memberi penjagaan ibu dan bayi baru lahir. Kelahiran Forseps Definisi : Satu cara mengeluarkan fetus dengan bantuan forseps obstetrik apabila tidak disyorkan atau mustahil bagi ibu untuk melengkapkan kelahiran dengan daya usaha sendiri. Fungsi Forseps : 1. Membantu kelahiran dengan tarikan distres fetus distres maternal 2. Membantu dalam putaran fetus oksipito posterior 3. Melindungi kepala bayi pramatang. Mengelakkan tekanan berlanjutan. Indikasi-indikasi : Fetus : Distres fetus Kepala bayi sonsang Kedudukan oksipito posterior Transvers arrest Pramatang Maternal Untuk mempercepatkan kelahiran. Peringkat kedua bersalin yang berpanjangan. Distres maternal Forseps profilaktik Untuk mengurangkan stress ibu. Praeklampsia Penyakit j...