Pemeriksaan am adalah satu-satunya cara untuk mengesan terlebih awal keluarbiasaan dalam pembesaran dan perkembanan kanak-kanak, serta mengambil tindakaan sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Pemeriksaan dan pemerhatian yang rapi adalah penting untuk mengesan tanda-tanda awal keluarbiasaan. Semasa pemeriksaan am, jururawat perlu bertanya dengan ibu / penjaga soalan berkaitan dengan tanda-tanda keluarbiasaan yang telah dikesan. Perhatikan kepada keadaan fizikal anak keseluruahnnya, kelakuan, kecergasan, saiz badan dan keseimbangan badan sebelum melakukan pemerksaan teratur daripada kepala hingga ke kaki. Tanda-tanda Keluarbiasaan Dan Signifikasi Rambut Tanda-tanda: Tidak segar Jarang, mudah tanggal Warna berubah Signifikasi: Anak kurang sihat Kurang zat makanan membekalkan tenaga dan membina badan (Kwashiorkor) Kepala Tanda-tanda: Besar Kecil Ubun-ubun tidak tutup pada jangkamasa yang ditetapkan Signifikasi: Hydrocephalic Microcephalic Kekurangan kalsium, Vitamin D