Pemeriksaan am adalah satu-satunya cara untuk mengesan terlebih awal keluarbiasaan dalam pembesaran dan perkembanan kanak-kanak, serta mengambil tindakaan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Pemeriksaan dan pemerhatian yang rapi adalah penting untuk mengesan tanda-tanda awal keluarbiasaan. Semasa pemeriksaan am, jururawat perlu bertanya dengan ibu / penjaga soalan berkaitan dengan tanda-tanda keluarbiasaan yang telah dikesan.
Perhatikan kepada keadaan fizikal anak keseluruahnnya, kelakuan, kecergasan, saiz badan dan keseimbangan badan sebelum melakukan pemerksaan teratur daripada kepala hingga ke kaki.
Tanda-tanda Keluarbiasaan Dan Signifikasi
Rambut
Tanda-tanda:
- Tidak segar
- Jarang, mudah tanggal
- Warna berubah
Signifikasi:
- Anak kurang sihat
- Kurang zat makanan membekalkan tenaga dan membina badan (Kwashiorkor)
Kepala
Tanda-tanda:
- Besar
- Kecil
- Ubun-ubun tidak tutup pada jangkamasa yang ditetapkan
Signifikasi:
- Hydrocephalic
- Microcephalic
- Kekurangan kalsium, Vitamin D
Comments
Post a Comment