Skip to main content

TATACARA PENGAMBILAN TEKANAN DARAH (Blood Pressure)


Definasi :

Tekanan yang dikenakan ke atas dinding salur darah semasa darah mengalir melaluinya, disukat dalam mmHg. (Milimeter Permecury)

Tujuan :

Untuk menyukat tekanan  Diastolik dan Sistolik.

Keperluan :

Satu talam mengandungi :

  1. Steshoscope
  2. Sphygnomanometer
  3. Gallipot berisi swab spirit
  4. Kidney dish untuk kapas kotor.



Tatacara :

  1. Beritahu pesakit.
  2. Sediakan semua lat.
  3. Cuci 'ear piece' dengan swab berspirit.
  4. Duduk atau baringkan pesakit dalam keadaan yang selesa dengan tangannya diampukan.
  5. Letak sphygmomanometer sama paras dada di sisi pesakit.
  6. Balut cuff  dengan kemas di bahagian lengan luar ke dalam dengan hujung bawah cuff lebih kurang 2.5cm ke atas antecubita fossa.
  7. Sambung tiub dari cuff ke tuibing sphymomanometer.
  8. Rasakan denyutan salur nadi 'brachial' dengan jari tangan kiri.
  9. Pump bulb hingga tidak terasa denyutan 'brachial' dengan tangan kanan.
  10. Ambil perhatian angka raksa itu.
  11. Letakkan stetoscope ke atas salur nadi tadi.
  12. Kembungkan cuff hingga lebih kurang 20-30 mmHg atas angka tekanan 'brachial' yang di rasa tadi.
  13. Longgarkan screw dengan perlahan-lahan.
  14. Dengar dengan baik denyutan pertama sambil memerhatikan raksa turun di garisan.
  15. Baca sukatan raksa sama paras mata apabila denyutan jantung pertama kedengaran. Ini adalah tekanan Sistolik.
  16. Biarkan raksa turun hingga bunyi yang terakhir, ini ialah tekanan Diastolik.
  17. Keluarkan udara sehabis-habisnya sebelum mengemaskan alat-alat.
  18. Selesakan pesakit.

Peringatan :



  1. Saiz Cuff mestilah bersesuaian dengan saiz lengan untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
  2. Jika bunyi akhir terlalu rendah bacaan diastolik mestilah diambil paras pertukatan bunyi dati kuat ke lemah.

Tanggungjawab :

Sebelum :

  1. Tentukan sphygmomanometer dan stethoscope dalam keadaan baik dan berfungsi.
  2. Tentukan tiada udara dalam cuff sphygmomanometer.
  3. Tentukan pesakit dalam keadaan rehat 15 minit sebelum mengambil tekanan darah.
Semasa:
  1. Tentukan pesakit dalam keadaan selesa.
  2. Letak Sphygmomanometer sama paras dada di sisi pesakit.
  3. Tentukan cuff di balut dengan kejap dan kemas.
  4. Tentukan 'thumb screw' dikawal dengan betul supaya raksa turun dengan perlahan.
  5. Tentukan bunyi tekanan sistolik dan diastolik di dengar dnegan teliti. supaya keputusan adalah tepat dan sukatan raksa dibaca separas mata.

Selepas:
  1. Tentukan udara dikeluarkan dari cuff sebelum dilipat.
  2. Tentukan bahagian sphygmomanometer disimpan dengan kemas dalam bekasnya.
  3. Tentukan catitan di buat dan lapurkan keadaan luar biasa.



Comments

Popular posts from this blog

SOALAN OSCHE POS BASIK MID JUN 2001

Soalan 1 : Puan A telah melahirkan anak ketiga 2 hari lepas. Tunjuk ajar beliau senaman Abdominal Tightening dan senaman Otot Pelvis. Check List: 1. Adakan rapport yang baik dengan ibu. 2. Perkenalkan diri. 3. Beritahu ibu tujuaj melakukan senaman post natal  - untuk mengembalikan saiz organ pembiakan di bahagian pelvis ke saiz asal, walaupun tidak sepenuhnya. - Menggalakkan pengeluaran lokia dan mengurangkan rasa sakit selepas bersalin. - Mengelakkan " Deep Vien Thrombosis" dan menggalakkan pengaliran darah ke seluruh badan. 4. Ajar ibu cara melakukan senaman      - Senaman Abdominal     - Senaman Pelvis 5. Beritahu ibu, tunjukkan semula cara yang telah diajar. 6. Terima kasih pada ibu kerana memberi kerjasama.   Soalan 2 : Puan B Primidgravida gestasi 32/52 datang untuk pemeriksaan antenatal. Berat badannya statik selama dua lawatan. Temubual ibu untuk mendapatkan maklumat-maklumat relevan mengenai berat badan yang statik. Catat maklumat yang diperol...

Langkah-langkah Menjalankan Sesi Klinik Kanak-kanak

1. Menyediakan alat kelengkapan / keperluan Rekod buku HMIS / kad Persiapan tempat. Peralatan antropometri. Peralatan untuk ujian perkembangan mengikut umur. Peralatan imunisasi. Peralatan menulis :- pen, pensel, pembaris. pemadam , buku catatan, pelan pelaksanaan (RTP) Buku kit pendidikan kesihatan. 2. Meneliti rekod kesihatan kanak-kanak. Mendapatkan maklumat dengan lengkap perihal : Antenatal Jenis kelahiran. Neonatal Jaundice Fits Status imunisasi Carta pembesaran Status perkembangan Riwayat penyakit (jika ada) 3. Menyambut ibu dengan mesra dan menerangkan prosedur kepada ibu Rappor yang baik dengan ibu Bertanya khabar ibu / menegur sapa / memanggil nama Senyum Minta ibu duduk Eye contact Selesakan klien Beritahu ibu prosedur yang akan dilakukan. 4. Menemubual ibu mengenai kesihatan dan aduan berkaitan anak Bertanya soalan dengan jelas Soalan terbuka Satu soalan untuk satu masa Tactful semasa menyoal Mendengar dengan teliti Mendapat maklum balas Bertanya keadaan kesihatan anak Masa...

BERSALIN FORCEPS

 FORCEPS DELIVERY Objektif Spesifik Pembelajaran : Diakhir sesi pembelajaran pelajar boleh : Menyatakan fungsi-fungsi forseps. Menghuraikan jenis-jenis forseps. Menyatakan indikasi-indikasi. Membantu dalam kelahiran forseps. Menyatakan komplikasi-komplikasi. Memberi penjagaan ibu dan bayi baru lahir. Kelahiran Forseps Definisi : Satu cara mengeluarkan fetus dengan bantuan forseps obstetrik apabila tidak disyorkan atau mustahil bagi ibu untuk melengkapkan kelahiran dengan daya usaha sendiri. Fungsi Forseps : 1. Membantu kelahiran dengan tarikan distres fetus distres maternal 2. Membantu dalam putaran fetus oksipito posterior 3. Melindungi kepala bayi pramatang. Mengelakkan tekanan berlanjutan. Indikasi-indikasi : Fetus : Distres fetus Kepala bayi sonsang Kedudukan oksipito posterior Transvers arrest Pramatang Maternal Untuk mempercepatkan kelahiran. Peringkat kedua bersalin yang berpanjangan. Distres maternal Forseps profilaktik Untuk mengurangkan stress ibu. Praeklampsia Penyakit j...